Sunday, December 4, 2011

Kek Aiskrim


Assalammualaikum,
Kelmarin gagahkan diri juga buat kek aiskrim walaupun tangan asyik kebas dan tak boleh nak berdiri lama-lama. Kek ni bagi saya memang sedaplah. Dapat resepi daripada buku yang saya beli- Koleksi kek terbaik sepanjang zaman. Bagi sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah tengok resepi kat bawah ni. Untuk membuat kek ni, aiskrim perlu dibuat sehari lebih awal daripada kek span (Kalau nak cepat beli terus aiskrim kat kedai hee..heeee....rasanya boleh kut).
...................................................................................................................................................
Bahan-bahan untuk Aiskrim (Sediakan sehari sebelum membuat kek span):

  1. Kuning telur 4 biji
  2. Tepung jagung 1 sudu besar
  3. Gula 100g
  4. Serbuk kopi segera/nescafe 1.5 sudu teh
  5. Susu segar 2 cawan
  6. Esen kopi 1 sudu teh
  7. Fresh cream/Krim putar/Non dairy whipping cream perasa coklat 250g

    Cara-cara:
    Masak no.1 ~no.4 sambil dikacau selalu sampai pekat. Sejukkan  dan masukkan ke dalam peti ais di bahagian pembeku.
    Pukul krim putar sampai kental dan masukkan dalam bancuhan di atas (no.1). Simpan kembali ke dalam pembeku semalaman.
    Pukul sekali lagi ais krim dan bekukan sekali lagi di dalam bekas ring bulat 8 inci.
    Potong kek span kepada 2 bahagian (Saya bahagi kepada 3 bahagian).
    Masukkan separuh kek span ke dalam bekas ring bulat 8 inci .
    Keluarkan aiskrim dan letakkan kedalam ring bulat yang berisi kek span tadi(Saya bahagikan aiskrim kepada 2 bahagian).
    Letak di atas aiskrim kek span yang selebihnya (Saya susun: kek-aiskrim-kek-aiskrim-kek).
    Keluarkan kek dari bekas dan sapu sekeliling kek dengan krim putar yang dipukul kental.

      Bahan-bahan untuk kek span:
      Gula 120g
      Ovalate 2 sudu teh
      Telur 4 biji
      Tepung Gandum 110g
      Serbuk penaik 1 sudu teh
      Air 1 sudu besar
      Esen vanilla 1 sudu besar
      Mentega dicairkan 130g
      Serbuk coklat 4 sudu besar
        Cara-cara:
        Pukul sebati gula dan ovalate.Masukan telur satu per satu dan pukul lagi sehingga pekat dan gebu.
        Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, air dan esen vanilla. Pukul sehingga sebati.
        Akhir sekali masukkan mentega cair.
        Bakar di dalam oven pada suhu 180 deg C, selama 30-40 minit dalam bekas 8 inci.
        ................................................................................................................................................... 

            Selamat mencuba!

              3 comments:

              1. apa itu " Masak no 1 & no 4".. x ada show no 1 & 4 pon.. :(

                ReplyDelete
              2. tak paham langsung.tutup kedai dan balik rumah jelah~

                ReplyDelete